ARGGGHHHHH, TAKUT WOO...

Filem : Mati Suri
Genre : Seram
Bahasa : Indonesia
Pengarah : Rizal Mantovani
Pelakon : Keith Foo, Nadine Chandrawinata (Abel), Yama Carlos
Tarikh tayangan : 9 Julai 2009

Mati Suri menceritakan Abel (Nadine Chandrawinata) yang mula diganggu oleh hantu atau makhluk halus selepas pulih daripada koma akibat cubaan membunuh diri yang gagal. Akibatnya raja atau dajal mencuba untuk 'menjemputnya' sekali lagi kerana seperti yang diperkatakan di dalam filem ini, "Mati tidak cukup sekali". Jalan cerita filem ini pada awalnya kelihatan seperti mudah difahami. Namun apabila hampir sampai ke penghujung filem, penonton pasti akan terkeliru dengan jalan ceritanya yang agak bercelaru atau berbelit.

Watak utama Abel dipegang oleh Puteri Indonesia 2005 dan duta Formula 1 Grand Prix Petronas Malaysia 2006, Nadine Chandrawinata ("Realita, Cinta dan Rock N' Roll") yang sememangnya seorang wanita yang cantik. Malangnya lakonan gadis berusia 25 tahun ini kelihatan agak kaku terutama sekali dalam mengekspresikan emosi atau mukanya ketika adegan-adegan yang menakutkan. Manakala Keith Foo memegang watak Charlie iaitu teman baik Abel yang mencintainya secara diam-diam berjaya memainkan wataknya dengan baik. Ternyata penonton tertipu dengan lakonannya kerana tidak menyangka bahawa dia sebenarnya memegang watak antagonis.

Pengarah Rizal Mantovani (filem-filem "Kuntilanak", "Jelangkung") berjaya menakutkan penonton melalui beberapa adegan yang mengerikan. Terdapat beberapa adegan yang mampu mengejutkan penonton daripada kerusi mereka. Sinematografi di dalam filem ini juga bagus kerana apa yang ingin ditunjukkan kepada penonton berjaya disampaikan.

Kesan khas terutama sekali ke atas hantu-hantu yang mengganggu Abel sangat bagus dan mengerikan. Ianya kelihatan seperti benar dan tidak dibuat-buat. Latar muzik yang digunakan juga bersesuaian dengan adegan yang ditayangkan kepada penonton. Ia mampu membangkit situasi cemas dan takut di kalangan penonton.

"Mati Suri" mungkin tiada bezanya dengan filem-filem seram lain yang berasal dari Indonesia. Namun terdapat mesej yang ingin disampaikan kepada penonton iaitu perbuatan membunuh diri itu berdosa di sisi agama. Kepada peminat filem seram Indonesia, anda pasti akan sukakan "Mati Suri". Credit to--->http://www.penguin.com.my/




Posted by Picasa

1 comments:

Afzainizam said...

Salam singgah ke blog kami. http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/
Thanks.. kerna beri peluang kami baca perjalanan hidup anda kami habis jelajah entry blog anda.. nice ok..