Produk Halal-Raudhaherbs

PEMAKANAN SEIMBANG JANA KECERDASAN FIZIKAL MEMPERKENALKAN produk terbaharu keluaran Raudhah Herbs Sdn Bhd, peneraju terbaru dalam penghasilan minuman penguat daya ingatan yang pertama dalam bentuk sachet di Malaysia. Diaplikasikan dalam bentuk moden, ringkas dan mudah dibawa ke mana saja, objektif pemasarannya adalah untuk memenuhi keperluan kesihatan setiap isi rumah.

Lebih tepat diambil sebagai minuman pati pracampuran berkhasiat, ia adalah gabungan semulajadi herba Habbatus Sauda’ (Jintan Hitam/Black Seed) bersama Madu Asli, Kurma dan Kismis, makanan sunnah perubatan dan penyembuhan daripada herba terbaik di dunia. Setiap sachet memudahkan penyerapan nutrien serta merta.

KEBAIKAN PENYEMBUHAN DENGAN HABBATUS SAUDA’, MADU ASLI, KURMA & KISMIS

Habbatus Sauda’-Sumber Penguat Tubuh Terbaik

Habbatus Sauda’ (Nigella Sativa), adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga ‘Renonculacees’ yang berasal dari Laut Mediterranean. Ia ditanam bagi mendapatkan biji dan bunganya. Bijinya berwarna hitam bersaiz besar sering digunakan dalam perubatan kerana kandungan Minyak Mudah Meruap (Volatile Oil) yang tinggi. Unsur-unsur aktif ini dipercayai sangat membantu dalam proses perubatan dengan Habbatus Sauda’. Banyak digunakan sebagai penyedap rasa dalam ramuan masakan selain tujuan perubatan. Ia dikenalpasti sebagai salah satu jenis herba punca sumber tenaga dan membantu merawat dan mencegah sebarang penyakit.

Madu Asli-Penawar Pelbagai Penyakit

Madu diperakui penawar pelbagai penyakit zahir dan batin. Ia sangat disyorkan menjadi makanan tambahan kepada kita kerana khasiatnya yang bernilai tinggi. Sangat baik untuk kesihatan, kecantikan kulit dan kecerdasan otak. Malah, kajian juga membuktikan bakteria tidak dapat hidup dalam madu disebabkan zat makanan yang terkandung dalamnya yang berupaya menyerap lembapan bakteria. Madu tidak menganggu sistem penghadaman dan ia mudah dicerna oleh badan selain membekalkan tenaga dengan cepat.

Kurma-Kuasa Tenaga Segera

Makanan utama di kalangan penduduk negara Arab, ia diangkat tinggi kerana mempunyai nilai zat makanan yang sangat bagus termasuk kandungan kalori dan karbohidrat yang cepat dicernakan oleh tubuh. Tidak perlu bimbang tentang kemanisannya, kerana gula yang terkandung dalam Kurma, mudah diserap tubuh tanpa melalui proses yang panjang. Atas sebab itu jugalah, Kurma dianggap sebagai makanan paling ideal untuk hidangan berbuka puasa dan merangsang kesihatan ibu hamil dan bayi. Hari ini, Kurma boleh didapati di mana saja, bukan sekadar di bulan Ramadhan. Malah, ia diiktiraf dunia perubatan antarabangsa sebagai ubatan lebih baik berbanding ubatan moden yang menggunakan pelbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan.

Kismis-Makanan Kecerdasan Otak

Faktor pemakanan memainkan peranan penting dalam kemajuan dan prestasi daya fikir. Sesetengah makanan mempunyai kelebihan tersendiri dalam menggalakkan perkembangan IQ. Badam, Kurma dan Kismis dapat memberikan kekuatan otak dan ingatan. Kismis adalah daripada buah anggur yang dikeringkan. Ia dipercayai unsur makanan kejiwaan yang baik kerana ia menenangkan sel-sel saraf dan pelawas makanan paling berkesan. Kismis juga boleh dijadikan sebagai sumber diet dan kaya dengan antioksidan yang menyamai buah prun dan aprikot.

RANGKAIAN PRODUK

1. Minuman Pati Pracampuran Kurma, Kismis & Habbatus Sauda’.

Peneraju minuman penguat daya ingatan pertama dalam bentuk sachet. Gabungan ringkas makanan perubatan dan penyembuhan daripada tumbuhan herba terbaik di dunia. Mujarab menyembuhkan pelbagai penyakit serta sumber penguat tenaga tubuh anda. Membantu proses ingatan pembelajaran kanak-kanak dan meningkatkan daya tumpuan. Setiap sachet hari ini, menjamin kesihatan anda di masa depan.

Cara Pemakanan: 2 sachet sehari. Sebelum sarapan pagi dan sebelum makan malam. Minum terus dan nikmati kesegarannya serta merta. Sesuai untuk seisi keluarga. Baik untuk ibu hamil.

2. Minuman Pati Pracampuran Madu Asli & Habbatus Sauda’ berperisa Pandan & Strawberi.

Diformulasi daripada madu tempatan dan herba terunggul. Digabungkan dengan perisa pandan yang wangi dan enak, serta perisa strawberi yang manis dan lazat untuk dinikmati. Ia memberi tenaga segera untuk pengguna yang sentiasa sibuk namun peka dengan keperluan kesihatan. Setiap sachet membantu anda menjana kecerdasan mental dan fizikal setiap hari. Sesuai dijadikan sebagai minuman kesihatan seisi keluarga.

Cara Pemakanan: 2 sachet sehari. Sebelum sarapan pagi dan sebelum makan malam. Boleh diminum terus atau campurkan dengan sebarang minuman. Kacau rata dan segera minum. Sesuai untuk seisi keluarga. Baik untuk ibu hamil.

HARGA
1. Semenanjung Malaysia RM25.00 per/kotak (10 sachet)
2. Sabah, Sarawak & Brunei RM31.00 per/kotak (10 sachet)


Hubungi Shah: 017-3078352 untuk menjadi dealer atau ingin mendapatkan produk, tenkiu.

1 comments:

armouris said...

info tentang khasiat kismis kat sini - Rahsia Kismis