Bagaimana untuk merubah diri jadi baik dalam perhubungan sesama manusia

source: www.imotivasi.com

seorang pembaca menaip mesej ini di ruang Yahoo Messenger:

“salam cik shueq, cik shueq saya mmg nak berubah. dah tanam dlm diri utk jadi lebih baik. tapi bile kita try to be nice to people, dorg harapkan yg lebih, terutama org terdekat. kkdg nak closekan relationship tu jadi lebih renggang. macam getah. makin kita nak baik, nak rapat jd makin jauh. kkdg makin nak jd baik, makin jahat kita jadi please bro kkdg rase nak give up! rase cam dah x de sape…”

Untuk kita nak berubah jadi lebih baik dalam perhubungan sesama manusia, kita perlu ada contoh ikutan. Sebagai orang Melayu beragama Islam, contoh ikutan paling baik adalah Nabi Muhammad s.a.w.

Kaji sikap Baginda, ikuti lalu praktikkan menjadi sikap sendiri. Saya cadangkan, baca buku motivasi bertajuk “Menjadi Seperti Muhammad” terbitan PTS, ditulis oleh Aa Gym.

Kita sudah mencuba untuk jadi baik pada setiap orang di sekeliling kita, tapi sikap baik kita tu bertahan sekejap saja kerana kita jadikannya sekejap, bukan bertahun-tahun lamanya. Sikap yang baru ambik masa untuk diterima orang sekeliling, mungkin berminggu, mungkin berbulan-bulan. read more

0 comments: