make up

GAYA SOLEKAN MATA SMOKEY


FOTO: http://www.isdstyle.com/2011/10/25/why-we-love-smoky-eyes/
1. Dah sedia? Bila nak sapu eyeshadow, lap kesan minyak dari kelopak mata. Tujuannya supaya eyeshadow yang disapu tidak cair & kekal lama. Seterusnya, gunakan krim mata/concealer/eye primer sebagai asas sebelum eyeshadow disapu pada kelopak mata.

2. Solekan mata merupakan asas dalam solekan. So, lakar garis mata dengan celak hitam sedikit tebal menggunakan warna seperti hitam atau coklat gelap. Setelah digaris, smudge dengan putik kapas/jari/berus. Tambah warna eyeshadow seperti hitam atau coklat gelap diikuti blend dengan perlahan. Pastikan warna yang dismudge hingga warna merata mengikut bundar kelopak mata termasuk di bentuk ‘V’ hujung mata. Sapu juga di bawah bahagian garis mata agar mata kelihatan lebih galak. Jika anda rasa sapuan eyeshadow tidak kemas, gunakan berus lain yang disapu dengan loose powder untuk menyamarkan kesan comot.

3. Seterusnya, garis mata dengan pensil, liquid atau gel eye liner.

4. Sapu dengan jari/berus warna highlighter di bahagian tulang kening dari tengah kelopak mata hingga arah ke hujung kening.

5. Gunakan pensel kening dan garis kening mengikut bentuk kening dan guna berus kening untuk smudge.

6. Terserah samaada mahu guna pelentik bulu mata atau tidak sebelum sapuan mascara dan SIAP!

BOLEH JUGA BERPANDUKAN SOLEKAN DI BAWAH NI :)

FOTO: http://hedwyg23.deviantart.com/art/Easy-Pink-Smokey-Eyes-Tutorial-200537375

0 comments: