UPDATE : Beauty Queen Secret Diary

Assalammualaikum,
Tetiba aku terbuka hati nak berkongsi entri tentang rahsia kecantikan aku, eh...cantik ke? Lol. Ada aku kesah? Apa yang aku update ni adalah produk kecantikan terkini yang aku amalkan. Percaya? Bagus2. Bukan untuk riak tapi saja2 aku nk berkongsi dengan anda yang sudi membaca entri biase ni. 

Biasanya, aku dapat produk percuma disebabkan aku bekerja di majalah untuk wanita. Jadi aku biasa mendapat produk terbaharu sebelum produk itu bakal atau sudah dipasarkan di pasaran. Kiranya untuk di'review' dalam majalah la. Tujuan 'write up' untuk menyedarkan pengguna agar memahami kandungan produk dan untuk digunakan agar cantik. 

Kepada yang ada bajet untuk berbelanja membeli produk-produk yang di'review', sila kan lah membeli. Jika tidak, gunakan apa yang anda mampu dan usah menjadi hamba kepada kecantikan seperti aku, EH... aku ke? Aku menghargai kurniaanNya dan aku sentiasa mendoakan kecantikan luaran/fizikal seiring dengan akhlakku sebagai seorang muslim, AMIN.

1st step, muka dibersihkan dengan,  'Johnson's Baby Messy Times Wipes',
Seterusnya, masa untuk menggunakan 'Beauty Queen Secret Diary', yeay!

Wops, sebelum terlupa, disebabkan aku dah skip ALASKA GOLD (sabun), cukup sekadar sembur muka menggunakan ALASKA MIRACLE SPRAY.  



Cara menggunakannya

Pejamkan mata, dalam jarak lebih kurang sejengkal spraykan ALASKA MIRACLE SPRAY pada keseluruhan wajah ada.
Biarkan dalam 5 saat kemudian buka mata dan anda akan merasai perubahnnya.
**Tips: ALASKA MIRACLE SPRAY juga boleh digunakan selepas anda siap mengenakan alat solek atau ketika anda sedang dalam keadaan tertekan, atau ketika berhadapan dengan cuaca yang panas.

TAPI...

Aku guna produk ni kalau lepak di rumah je sbb ia menyebabkan muka jadi lebih berminyak selepas disembur.

Okey, sekali lagi aku ulang, 'Masa untuk menggunakan 'Beauty Queen Secret Diary' (box warna pink), yeay!"


Sekadar informasi bersama, kata pengguna  Dewi Remaja Wan Khatijah Wan Othman sebagai DUTA PRODUK sekaligus menjadikan beliau sebagai jurucakap ALASKA GOLD, “Produk buatan tempatan ini dihasilkan menggunakan bahan asas yang diimport dari luar negara dan mendapat perakuan Kementerian Kesihatan, sijil halal serta pembikinan dari kilang bertaraf ISO.”


INFO:

ISO = ISO ialah satu nama samaran bukan akronim untuk International Organisation For Standardisation. Ia adalah sebuah badan bersekutu yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard di negara masing-masing. Di Malaysia, Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) adalah badan yang bertanggungjawab terhadap siri ini. ISO 9000 pula adalah satu standard bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan dan diiktiraf di peringkat kebangsaan.

Begini kandungan dalam box,


Ok, cara penggunaannya, selepas mencuci muka dengan ALASKA GOLD, gunakan tonner untuk kesegaran. Kemudian pilih mana-mana satu serum yang anda gemar dan sapukan sehingga meresap ke dalam kulit wajah secara perlahan-lahan.  Lakukan sebelum anda masuk tidur.



DIAMOND TERATMENT GEL
Kandungan: Water, Sorbitol, Sodium Hyaluronate, Sodium Polyacryldimethyl Taurate, Hydrogenated Polydecene.
Kebaikan: Memperbaiki kulit yang kering, merekah dan membekalkan suplement yang diperlukan untuk kulit yang rosak. Menguatkan kulit daripada terjadinya kedutan, memberi kelembapan dan kesegaran mengelakkan daripada kulit menjadi kering.

Rice Bran Toner
Kandungan: Water, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Leaf Water, Allantoin, Disodium EDTA,Unicide-13, Imidazolidinyl Urea, Oryza Sativa(Rice) Bran, Dipropylene Glycol
Kebaikan:  Membaiki tona wajah, menyegarkan, memberi rasa tenang, dan menjadikan kulit lebih lembut dan segar.

Paling menarik, aku teruja nak guna serum. Semalam dah guna Alaska Gold Stem Cell & Alaska Gold Stem Cell. Kalau nak diikutkan, ada cara penggunaan yang disarankan untuk dua produk ni tapi aku prefer sebotol serum tu hanya untuk penggunaan tiga kali saje. Mmg tak patut tapi aku ingin kecantikan segera, MUAHAHAHA!





Alaska Platinum Stem Cell
Kandungan: Water, Hydrolyzed Pea Protein, Lecithin, Water, Olive, Fruit Oil, Squalane,Phytosterol, Ceramide 3, (Shea butter), Platinum Powder, Carbomer, Witch Hazel, Leaf Water, Allantoin, Aloe Barbadensis Leaf Powder, Licorice Root Powder.
Kebaikan:  Mengekalkan keremajaan dan kecantikan semulajadi , mencerahkan kulit, menegangkan kulit, anti-oxidant.
Alaska Gold Stem Cell
Kandungan: Water, Hydrolyzed Pea Protein, Lecithin, Water, Olive Fruit Oil, Squalene, Phytosterol, Ceramide 3,  Shea Butter, Gold Foil, Carbomer, Witch Hazel, Leaf Water, Allantoin, Disodium EDTA, Imidazolidinyl Urea, Sorbitol, Dipropylene Glycol, Sodium Hyaluronate, Aloe Barbadensis Leaf Powder, Licorice Root Powder.
Kebaikan: Membantu mengurangkan kulit yang rosak,  garis-garis halus pada wajah. Menjadikan kulit lebih tegang  dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.

Mungkin sebab baru guna tak sampai seminggu, jadi tak terasa sangat perbezaannya. Kita nantikan masa akan datang, InsyaAllah akan aku update kemudian. Oh ya, serum2 yang lain tu akan digunakan juga mengikut kesesuaian dan selepas dua serum di atas habis he2 :)
FOTO & INFORMASI : http://www.alaska.com.my/




0 comments: