Posts

Showing posts from September, 2009

PUASA SI MISKIN

* petikan kisah orang. Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun: "Mana emak? " "Mak pergi menoreh," jawabnya. "Mana bapak?" "Bapak pergi kerja..." "Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan. "Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan. "Awak ada berapa orang adik-beradik? " "Sepuluh." "Adik ni yang ke berapa?" "Saya yang kelapan." "Mana abang-abang kamu pergi?" "Tolong emak menoreh." "Adik puasa hari ini?" "Sama je pakcik, puasa ke

Cara Berdoa Yang Betul (credit: majalah Anis)

Image

MENJADI JUTAWAN DI BULAN RAMADHAN AL MUBARRAK (Terima kasih saudara Rosli Hanip dr Facebook)

Ayuh..inilah peluang anda yang mana tahun hadapan kita tidak mengetahuinya lagi... Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala. Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala. Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala. Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala. Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala. Mari kita tukarkan dalam bentuk RM. Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt RM 1.00 Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt RM 27.00 Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt RM 270.00 Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu RM 18,900.00 Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt RM 94,

TANDA-TANDA KECIL KIAMAT (sharing is caring)

Firman Allah, maksudnya: "MANUSIA BERTANYA KEPADAMU TENTANG HARI BERBANGKIT (KIAMAT). KATAKANLAH: SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN TENTANG (DATANGNYA) KIAMAT ITU HANYA ADA PADA SISI ALLAH." DAN TAHUKAH KAMU (WAHAI MUHAMMAD), BOLEH JADI KIAMAT SUDAH DEKAT PADA WAKTUNYA." AL-AHZAB:63) Tanda-tanda kecil kiamat. Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya. Ilmu agama sudah dianggap tidak penting lagi. Ilmu agama sudah tidak difahami dan tidak dipelajari para manusia. Tersebarnya perzinaan kerana mendapat izin rasmi kerana mendirikan tempat pelacuran/perzinaan oleh pemerintah. Segala minuman keras seperti arak, diminum secara berleluasa, peminumnya sudah tidak kenal dosa malah menjadi kebanggaan baginya. Lahirnya para Dajjal (pendusta) yang jumlahnya hampir 30 orang, semuanya mengaku utusan Allah. Ilmu agama dicabut (ramai alim ulama meninggal dunia). Banyak berlaku gempa bumi. Zaman sudah dekat mendekati. Banyak fitnah memfitnah. Banyak pembunuhan. Banyak harta bagi setiap oran