Top up Maxis/Hotlink tak masuk selepas tolak dari Maybank..


Aku mintak tolong dr adik beli top up Maxis/Hotlink guna Maybank2u dia

Transaction accepted tapi bile check phone xde pon

So call Maybank diaorg suh call Maxis. Diaorg kata kena tunggu dalam masa 24 jam disusuli report andai dalam masa 14 hari tak masuk2 gak top up tu

Hurm, bayangkan jika insiden ni berlaku pada ahli keluarga atau saudara-mara mungkin pakcik & makcik yang buta it. Ditambah pula tak tahu nak hubungi bahagian customer service

Bayangkan juga if kita dalam keadaan kecemasan mahu guna internet atau hubungi seseorang tapi kredit yang dah dibeli tapi tak masuk2

Ce bos or kakitangan Maxis/Hotlink bayangkan keadaan ini berlaku pada ahli keluarga mereka

Bile google, memang ramai yang mengalami masalah yang sama

Nak log in kat forum Maxis, xle log in. Dah try create id baru pon hang macam tu je x gerak2

Dah berpuluh kali check baki di phone tapi ADO, hurm

Nak try chat online pon di portal Maxis/Hotline, asyik hang bila nak start ngadu

Caj gst cepat je potong, tapi bila nak kembalikan hak pengguna slow macam siput






Comments

Unknown said…
Lepas tu masuk tak credit RM30 tu?Ke kena gi Maybank report br dieorg proses?
sabrinalailaa said…
PASTU CAMNA KESUDAHANNYA...BRU KENA JUGAK NI...PANASSS
Unknown said…
Tak masuk akal, aku pn kena. Top up jam 3 pahipakai app maxis trs je bsn online.siap kasi msg *RM0: Maxis Pay: Yr payment of RM 10.00 is successful. Yr ref. no. is T213712912419 . Pastu tak masuk masuk. Cal dia org maxsis kena tgu 24 jam pastu kena rujuk dgn bank lg. Aku tkde kdt nk call.
DSR said…
Baru kena hari ni. topup RM100 tapi tak masuk. Pd hal duit dah kena tolak dr account. hmmm
jas said…
anda boleh menghubungi pihak MobilityOne di talian seperti di bawah untuk semakan dan bantuan lanjut berkenaan dengan pembelian tambah nilai anda.
Call: 0389920700 (24x7)
Call/Whatsapp: 0129795600 (24x7)
Terima kasih.

call nombor di atas.. saya pun jadi mcm ni.. mereka akan minta numbor yg kita topup dan akan selesaikannya..
Anonymous said…
Dapat balik tak duit yang kena potong tu. Saya pon baru kena.
Cael said…
Terima kasih 👍
Cael said…
ada komen dari jas cara nak dapatkan semula. ce check
Cael said…
ya ampun sori baru terbaca komen ni
Shazwan said…
Sharing yang baik dari "JAS". Thank You for sharing. boleh cuba berurusan dengan MobilityOne
untuk selesaikan masalah topup yang tak masuk2 dalam no tel.

#saya topup 30 ringgit, dah ditolak dalam account maybank. then setelah direport pada MobilityOne diberitahu "transaksi tambah nilai gagal.duit yg ditolak bank akan auto refund ke dlm acc dlm masa 24 jam". Alhamdulillah dah daapt balik duit 30 ringgit. hehe
izawati said…
baru berlaku semalam, rm10 masuk, rm5 tak masuk2.. hari guna cara whatsapp kpd mobilityOne, alhamdulillah x smpai 5 mnit reload dh msuk ke hp.. trima kasih kpda yg share tips utk dapatkan semula topup ni.. semoga urusan anda dipermudahkan.... 😊👍👍👍
puan non said…
saya pon kena kali ke 2..lepas call tunggu 5minit baru masuk..tapi jenuh la setiap kali tak masuk kena call..
pokwan said…
aku baru je kene..binawey bsn..

Popular posts from this blog

Buku Ustazah Asma Harun

Nak dapatkan Produk Alithera Dengan Save Bajet?