Kurang sakit dada selepas stop hisap rokok Dunhill
Semalam saja kemas barang bawah katil. Selama ni bersepah je benda ni. Bila dihimpunkan, Masyaallah. Sekotak pod tu (colour kuning tu) RM45. Favourite aku Lush Mango. Bila dijumlah, RM800 Tu tak termasuk tali nak gantung Ncig tu di leher. Aku beli starter pack RM150. Charger lagi sebab yang set pertama tak berfungsi. Yang ketara selepas guna Ncig, dada aku dah tak rasa sakit. Mana taknya, sebelum ni aku hisap sekotak Dunhill (20 batang) sehari. Harga sekotak RM17.40 dan bila dah start guna Ncig, kurang lah sikit kos. Praktikal lah guna Ncig. Tak perlu lighter. Dah caj, tahan seharian. Cuma 1 pod tu bertahan sehari je aku hisap. Orang lain lebih sehari kot. Yang nak beralih hisap rokok kotak, better la pilih Ncig. Yang tak hisap rokok, jangan menggatal nak hisap Ncig. Buat membazir je. Jangan cari penyakit nak start merokok. Simpan duit. Haha.