Lama sangat dah tak update blog

Kalau update pun tentang produk yang aku jual. Ada yang aku buat secara consignment dan secara dropship. Banyak sangat ke duit nak jadi freelancer? Tak sebanyak macam dulu tapi mencukupi. Berbanding dulu, gaji banyak tapi kerap rasa tak cukup.

Yes! Aku sekarang freelancer untuk satu syarikat di Serdang. Tak terikat dengan kerja waktu pejabat. Happy sebab dah tak terikat dengan deadline. Tak perlu nak driving berjam-jam pergi dan balik dari Rawang ke Shah Alam. Sekarang... seminggu sekali je masuk office. Itu pun diberi kelonggaran masuk office jam 11am. Baik kan Bos aku hihi

Now banyak masa berada di rumah. Bebas nak atur masa. Boleh plan jam berapa nak online. Sempat nak pergi Tesco cari barang. Boleh ke kurier untuk pos order customer. Boleh jemput dan hantar anak buah ke sekolah. Sampai kan satu tahap, kau rasa boring tak tahu nak buat apa sebab semua aktiviti kau dah habis buat. Last... tidur aje.

Memerap dalam bilik memikirkan plan untuk memajukan diri. Mencari peluang untuk menambah pendapatan tapi sampai sekarang masih mencari. Pendapatan tetap termasuk komisyen yang sedia ada dah mencukupi cuma jika ada ekstra apa salahnya kan.

Eh dah lebih empat paragraph pulak aku menaip. Cadangnya tak nak menaip banyak tapi itulah, bila idea dah mula menampakkan batang hidup. Subscribers blog aku ni masih aktif ke tidak? Ke sebab aku buat banyak sangat posting menjual sampaikan korang dah unsuscribe? Haha.

Oklah, cukup untuk hari ini. Doakan aku kekal istiqamah untuk menulis lagi. Sebab aku tak rasa boleh cakap banyak di Facebook atau Instagram. Pasti ramai pemerhati. Better update di blog. Mungkinkah lebih banyak cerita yang boleh aku kongsikan nanti. Tunggguuuu....

Comments

Popular posts from this blog

Top up Maxis/Hotlink tak masuk selepas tolak dari Maybank..

Buku Ustazah Asma Harun

Nak dapatkan Produk Alithera Dengan Save Bajet?