Popcorn N’ Wednesday

Great Movies on Wednesdays!

Saluran 8TV telah membariskan filem-filem yang cukup menarik untuk tontonan anda sepanjang Mei ini. Filem-filem ini akan disiarkan menerusi slot ‘Popcorn N’ Wednesday’ setiap Rabu jam 10 malam.

“Kami di 8TV hanya menyajikan yang terbaik untuk tontonan anda. Jangan lupa menyaksikan filem-filem menarik ini dalam slot popular kami ‘Popcorn N’ Wednesday’ setiap Rabu,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.



Eight Days To Live
TX Date: 6 May 2009
Time: 10.00pm – 12.00am
Mimpi ngeri seorang ibu terjadi apabila anak lelakinya yang berusia 19 tahun hilang. Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandunya terbabas. Si ibu bernekad untuk mencari dan menyelamatkan anaknya sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini. Jangan ketinggalan menonton filem yang penuh dengan adegan cemas dan mendebarkan ini.
Starring: Shawn Doyle & Kelly Rowan



Little Manhattan
TX Date: 13 May 2009
Time: 10.00pm – 12.00am
Gabe merupakan seorang budak lelaki biasa yang membesar di Manhattan. Segalanya berubah semenjak kedatangan Rosemary di kelas Karate yang dihadiri beliau. Gabe mula menaruh perasaan kepada Rosemary dan mencari waktu yang sesuai untuk meluahkan perasaannya. Namun masih banyak yang perlu dipelajari Gabe tentang kehidupan dan cinta.
Starring: Josh Hutcherson & Charlie Ray



My Boss’s Daughter
TX Date: 20 May 2009
Time: 10.00pm – 12.00am
Saksikan bagaimana seorang jejaka yang sudah lama menyimpan perasaan kepada anak majikannya mengatur strategi bagi memenangi hati si wanita. Peluang sudah ada di depan mata apabila beliau perlu tinggal sementara di rumah majikannya. Walaubagaimanapun beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran daripada orang sekeliling.
Starring: Ashton Kutcher & Tara Reid



Proof of Lies
TX Date: 27 May 2009
Time: 10.00pm – 12.00am
Amanda Detmer membawakan watak Christine Hartley seorang saintis yang penuh dedikasi. Penemuan terbaru beliau tentang satu genetik yang berkaitan ketagihan manusia bakal mendatangkan musibah. Christine telah diserang di makmal tempat beliau bekerja dan nyawa beliau terancam. Beliau mengesyaki ada pihat terbabit yang mahukan sesuatu darinya untuk kepentingan peribadi. Berjayakah Christine menyelamatkan dirinya dari penjahat?


Jangan lupa untuk menonton filem-filem menarik sepanjang bulan Mei ini secara PERCUMA setiap Rabu jam 10 malam hanya di 8TV. Siaran 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 Astro anda.

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

###

No more missed episodes of local programmes with 8TV’s catch-up service, exclusively on www.8tv.com.my.

Always on the move? Watch your favourite 8TV programmes on your mobile phone! Simply log on to www.mobile.8tv.com.my, click on 8TV and catch your favourite 8TV programmes on the go!

Comments

Popular posts from this blog

Top up Maxis/Hotlink tak masuk selepas tolak dari Maybank..

Buku Ustazah Asma Harun

PENGALAMAN TERINDAH TERBAIK...