BICARA CINTA BERSAMA DJ LIN…INSPIRASI CINTA ANDA

Assalamualaikum, bicara Lin kali ini menjurus kepada berbezaan ketara diantara lelaki dan wanita berkaitan tingkah serta cara berfikir khasnya dalam urusan cinta. Hakikatnya, lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Lelaki sukar memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita sebaliknya mereka suka ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan berterus terang tetapi bagi wanita pula, mereka lebih suka berkias dengan harapan pasangannya mampu mengerti dan memahami. Dari sudut yan lain, wanita harus kenali diri lelaki menerusi sikap serta apa yang dilakukan berbanding daripada apa yang diperkatakan.

Lelaki dikatakan tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bemtuk kata kata.Wanita berkebolehan membincangkan sesuatu perkara yang sensitif, lelaki pula lebih suka membisu apatah lagi untuk berkongsi sesuatu masalah, dan selalunya wanita lebih kerap bercerita bersama teman teman yang lain tetapi tidak bagi lelaki. Menyentuh isu kritikan kepada pasangan, selalunya lelaki tidak suka dikritik dan tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan dan jika wanita ingin tetap mengkritik pasangannya, ia harus tahu cara yang betul yang mana kritikan perlu diberi menerusi jenaka dan mestilah dengan cara yang lembut serta digabungkan dengan elemen pujian. Lelaki juga sentiasa mahukan sokongan terutama dalam bentuk kata kata apatah lagi ketika sedang berdepan dengan problema .Realitinya, hanya kita yang tahu menilai serta memahami karakter pasangan kita kerana kitalah insan yang paling dekat dengannya.
Ok, jangan lupa bersama Lin untuk kita bersama mendekati dunia cinta. Teruskan menjadi pasangan terbaik di kalangan yang baik dan jangan sekali kali kita lupa dari mana asal usul kita…

Dengarkan Rancangan SURIA CINTA, yang ke udara di Suria Fm (105.3 di Lembah Kelang), (105.9 di Sabah) (96.0 di Ipoh) dan (96.1 di Kuantan), (88.5 di Melaka dan Utara Johor), (101.4 di Johor Bahru), (91.7 di Taiping), (106.9 di Perlis, Kedah & Penang) (107.0 di Seremban), (106.1 di Kota Bharu) dan (102.4 di Kuala Terengganu) . Keudara setiap Ahad mulai jam 8.00 malam hingga 12.00 malam. Kirimkan penyertaan anda kepada Lin ke alamat; Penerbit Suria Cinta, SuriaFM, Tingkat 15, Bangunan Am Assurance, No. 1 Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur. Anda juga boleh fakskan ke 03-40439125. Sebarang penyertaan dan komen, emailkan ke lin@suriafm.com.my , wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Top up Maxis/Hotlink tak masuk selepas tolak dari Maybank..

Buku Ustazah Asma Harun

Nak dapatkan Produk Alithera Dengan Save Bajet?