KARENAH MANUSIA PELBAGAI RAGAM

Assalammualaikum. Sekarang ni, Ca'el semakin berbahagia menikmati hidup yang sudah ditentukan olehNya. Ca'el mempunyai keluarga yang bahagia. Ca'el dikelilingi kawan-kawan yang banyak memberikan inspirasi (ada juga yang suka menikam dari belakang) dan sedang mengintai peluang untuk menambah sumber kewangan. Banyak sangat pembaca yang menghantar penyertaan mahu menyertai Pencarian Remaja Berbakat, ada juga yang meminta Ca'el menyiarkan kisah pelakon pujaan mereka untuk pengisian kolum Artis Indonesia dan utusan emel juga menerima sambutan seadanya.

Alhamdulillah untuk kehidupan kala ini Ya Allah. Besar sungguh nikmatnya hingga aku terasa kerdil mahu menerima pemberianMu. Baru-baru ini, seorang teman datang bercerita mengenai ragam rakan sepejabatnya. "Ish...aku tak tahulah dia tu samaada mahu orang kasihan padanya atau mahu menempa populariti yang tak seberapa," ujarnya bercerita hingga herot-berot mulut mengumpat rakan sendiri.

Dalam hati Ca'el, "Alahai, malasnya melayan kawan-kawan yang suka mengumpat. Tak pasal-pasal menambah dosa." Tapi disebabkan ingin menjaga hati kawan, dengar ajelah. "Aku tengok dari pagi hingga ke petang, mulutnya tak henti-henti bergosip. Bila bab membangga diri, sengaja suaranya dikuatkan supaya orang rakan sepejabat lain dengar. Kalau bab sensitif, tahu pulak merendahkan suara. Haiyo, tak letih ke mulut dia mengumpat?" Dalam nada selamba, Ca'el kata, "Biarlah dia, mungkin jiwanya berkecamuk kot. Mungkin dengan bercakap, jiwanya akan tenteram."

Sebenarnya Ca'el kasihan dengan manusia yang sentiasa 'update' bercerita tentang diri sendiri kerana mahu dilihat bagus. Kata teman ku yang berbadan gempal itu lagi, dia sangkakan hanya dia menjadi tempat luahan rasa tapi rupa-rupanya sudah sepejabat dia canang kisah peribadi sendiri. Dari kisah sedih hinggalah berita gembira. 'Sorry to say'...Tak malu ke berperangai macam tu? Ca'el bukannya apa, selain dia sibuk membongkar pekung diri sendiri, kisah orang turut menjadi topik untuk diperkatakan. Alah...bahasa ringkasnya MENGUMPAT.
Berdosa tau mengumpat. Bayangkan jika umpatan itu mengundang fitnah, dosanya seperti membunuh.

Pesan Ca'el pada teman untuk disampaikan kepada temannya, seelok-eloknya jika dia mula bercerita dan andai terasa malas mahu melayan, 'balas' kembali percakapannya dan katakan, semua yang buruk datang dari kita dan baik segalanya dari Allah. Tentu dia terdiam dan memikirkan kembali serta faham bahawa kita sibuk 'melayan' celotehnya yang membuang masa itu. Andaikan lah individu yang dimaksudkan terbaca pojok Ca'el ni, maaf dipohon dari hujung rambut hingga hujung kaki. Bukan mahu mencampuri urusan anda tapi selagi anda tidak ditegur, pasti kesilapan diri sendiri tidak diakui. Sekaligus makin membuatkan anda perasan diri lebih bagus.

Whops, ampun sekali lagi, siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya, hehe. Sudah-sudah lah bab tadi, Ca'el nak kongsikan kisah segelintir pengguna jalan raya pula. Dalam ketabahan meredah kesesakan lalulintas, mata semakin kuyu dan tangki minyak pula 'menjerit' minta diisi. Mulut pulak asyik tidak berhenti mengomel kerana kereta sering 'dipotong' oleh kereta yang dipandu oleh manusia yang 'kureng' sivik. Suka-suka hati mencelah tanpa memberikan 'signal' mahu ke lorong sebelah kiri atau kanan.

Seperkara lagi, tak kisahlah jalan sesak kerana berlaku kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan tapi pemandu-pemandu lain sengaja memandu kereta terhegeh-hegeh kerana sekadar mahu melihat apa yang berlaku. Hangat di hati hanya Tuhan yang tahu. Kalau mereka membantu, tak pe lah jugak. Sabar ajelah. Jika mahu diikutkan fantasi kebudak-budakkan Ca'el ni, mahu saja memasang kepak di di kereta supaya mampu terbang seperti burung yang terbang bebas di langit, hua hua hua.

Comments

Anonymous said…
i think im lost..that's y im here..hehe
no lah..i just jalan2 then terjumpe blog ne..saje nk drop by n leave comment.. boleh kan?

biaselah,manusia penuh ngan ragam nye.. if same jer semua org..world can be boring..what they do no matter good or bad..ianya lumrah..

ok,take care then ;)

Popular posts from this blog

Top up Maxis/Hotlink tak masuk selepas tolak dari Maybank..

Buku Ustazah Asma Harun

PENGALAMAN TERINDAH TERBAIK...