CERMIN DIRI SENDIRI DULU...

Berderau darah Ca'el apabila membuat spekulasi sendiri tentang orang lain atau mendengar si penyebar gosip bercerita. Biarpun diri ini bukanlah golongan cerdik pandai agama namun apa yang Ca'el pasti, perbuatan itu boleh mendatangkan fitnah memandangkan kita sendiri tidak tahu sejauh mana kesahihan berita itu. Itulah tanggungjawab seorang wartawan untuk merungkai apa yang ingin dikongsikan bersama masyarakat. Risiko untuk kita dipuji atau dikeji hasil bahan provokasi cukup besar. Apapun itu semua adalah cabaran yang harus ditangani sebaiknya. Berkat pengalaman yang tidak seberapa ini, Ca'el panjatkan kesyukuran tidak terhingga kerana belum pernah berhadapan dengan keadaan yang tidak diingini.

Cuma insiden 'diserang' seorang artis wanita bersama teman lelakinya (kini mereka sudah berkahwin) kerana mahu membalas kenyataan isteri (kini bekas isteri) yang tidak berpuas hati cukup menyebalkan. "Engkau ni sengaja menyimbah minyak tanah ke bara api," marah seorang teman pada Ca'el. "Aku tak sangka artikel pertama yang menyiarkan gambar artis wanita dengan lelaki itu menimbulkan masalah sebegini rupa. Nasib baik mereka sudah berkahwin dan bekas isteri lelaki itu sudah 'mengangkat bendera putih' dan tidak lagi menggangu artis wanita terbabit," jelas Ca'el. Macam-macam lagi pengalaman lain tapi malaslah nak bercerita lagi kerana semua itu jika dikenangkan kembali, membuatkan Ca'el terfikir sejenak dan tersenyum sendirian.

Itu kisah dunia hiburan. Realitinya, Ca'el sering dikeliling oleh individu yang suka mengumpat tentang orang lain. Yang tak seronoknya, Ca'el akan turut sama namun umpatan dari mulut Ca'el bukanlah provokasi kosong semata-mata. Ca'el lebih suka bercerita jika sumber yang diperolehi boleh dipercayai. Pada Ca'el, jika kita mahu bercerita tentang orang lain, lebih baik kita cerminkan diri sendiri dulu.

Sebenarnya Ca'el tahu, jika ada mengenali Ca'el yang terbaca pojok ini, pasti mereka berkata, "Perangai si Ca'el tu pun lebih kurang sama." Hurm...'I reserved my comment'. Seperti yang sudah ditulis di atas, Ca'el bercakap bukan mengikut sesedap rasa. Tapi sekurang-kurangnya Ca'el sedar, individu sekeliling tidak semuanya sukakan diri kita seadanya. InsyaAllah, jika Ca'el terasa terlebih cakap atau sangat 'hyper', Ca'el banyak mengingatkan diri supaya 'tone down' sebelum ada yang terasa hati dan sebagainya. Kan elok jika kita sentiasa beringat daripada menjadi individu yang sentiasa berlagak bagus sedangkan 'ado' dan tidak boleh dijadikan kawan sejati.

Jika kita mahu menjadi seorang pengkritik, bercakap dengan telus dan tidak sewenang-wenangnya memberikan komen hinggakan terluka hati individu yang diumpat. Fikirkanlah...manusia tidak semuanya sempurna. Mungkin kali ini, individu tersebut tersilap langkah dan maafkanlah mereka. Mungkin lain kali giliran kita 'terkena' pulak. Jadi berhati-hatilah.

Sebelum pojok minggu ini berakhir, ikuti pesanan ini. Setiap kesabaran akan diganti dengan kemenangan. Setiap kedukaan akan berganti dengan kebahagiaan. Setiap perpisahan pasti bermula dengan satu pertemuan. Setiap yang berakhir akan bertukar dengan satu permulaan. Setiap kejadian Tuhan pasti ada hikmahnya. Ca'el ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda akan ada satu dan Ca'el tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan Ca'el ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut. Anda ada dua ilmu dan Ca'el ada dua ilmu." Setuju? Alamatkan pendapat anda ke cale1910@gmail atau hubungi saja Ca'el di talian 03-51013888 untuk berkongsi pendapat atau ingin mengajukan pendapat bernas untuk kebaikan kita bersama. Alamak...Ca'el sudah terlambat mahu bertemu seseorang yang mula bertakhta di hati. Jumpa lagi, wasalam.

Comments

Secret Writer said…
Setuju dgn kata2 Cael itu. kadang kita banyak tahu hal org lain, tapi berdiam diri lebih baik daripada menyebarkannya. tapi dlm kes Cael, kadang tuntutan kerja itu sendiri memerlukan kamoo membuka api, tapi light2 saja la...I mean sekadar api untuk bakar rokok, bukan api untuk panggang kambing atau bakar rumah...heh heh heh.

P/S: Banyak sangat benda yg nak dikongsi...tapi semua yg aku nak kongsikan...panas dan sensasi
Caelicious said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Top up Maxis/Hotlink tak masuk selepas tolak dari Maybank..

Buku Ustazah Asma Harun

PENGALAMAN TERINDAH TERBAIK...