Anugerah Bintang Popular 2008-Pemenang Sudah Dijangka

Melabuhkan tirainya 12 April lalu menjadikan Anugerah Bintang Popular kali ke-21 lebih matang dari segi penganjuran mahupun persembahan yang disajikan kepada penonton. Biarpun mengundang pelbagai spekulasi kepada bakal pemenang, tetapi semuanya terpaksa akur dengan sistem undian yeng meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pembaca di luar sana.

Bertolak seawal jam 12 tengah hari dari Kuala Lumpur, penulis bersama jurugambar bertugas saling berteka teki siapakah bakal pemenang untuk setiap kategori yang dipertandingkan. Biarpun sudah dapat meramal siapa bintang paling popular, namun segalanya masih samar.

Tiba di Arena Of Stars tepat jam 8 malam, kehangatan dan penuh debar menanti keputusan turut dirasai biarpun suasana dingin menyelubungi akibat hujan lebat. Akhirnya, seperti yang dijanjikan malam kemuncak ABP bermula.

Pengacara Melalut

Rata-rata penonton yang ditemui sudah menjangka pemenang setiap kategori. Namun, satu yang dianggap kurang dan hambar apabila gandingan pengacara Sharifah Shahira dan Adlin Aman Ramli tidak menjadi. Bukan setakat itu, isi yang cuba disampaikan dikatakan melalut sehingga membuatkan penonton bosan, lebih-lebih lagi ketika Adlin mengambil tempat.

Mungkin percaturan pihak penganjur untuk menggandingkan mereka buat kali pertama perlu diteliti semula untuk masa akan datang. Namun, persembahan daripada setiap artis harus diberi pujian kerana berjaya menghidupkan suasana majlis dan dianggap penyelamat keadaan.

SENARAI PEMENANG

Bintang Paling Popular-Nabil
Penyanyi Lelaki Popular-Mawi
Penyanyi Wanita Popular-Dato' Siti Nurhaliza
PenyanyiBerkumpulan/Duo Popular-Meet Uncle Hussain
Penyanyi/Artis Nasyid Popular-Rabbani
Pelakon Filem Lelaki Popular-Que Haidar
Pelakon Filem Wanita Popular-Maya Karin
Pelakon TV Lelaki Popular-Rosyam Nor
Pelakon TV Wanita Popular-Dynas
Artis Komedi Lelaki Popular-Nabil
Artis Komedi Wanita Popular-Norkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular-Nabil
Artis Baru Wanita Popular-Stacy
Pengacara TV Lelaki Popular-Aznil Hj. Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular-Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular-Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular-Fara Fauzana
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat-Jamal Abdillah

CORAT-CORET ABPBH 'O8:

1) Sebaik saja melakukan persembahan pembukaan di ABPBH '08, Anita Sarawak bergegas pulang dan menyusup keluar dari pintu kanan pentas.

2) Percikan bunga api terkena sedikit pada Stacy sebaik saja selesai mempersembahkan lagu 'Gagap'.

3) Ketika 'commercial break', pelawak Din Beramboi dan Along Cham sempat menghiburkan semua penonton dengan lawak selama beberapa minit.

4) Kelihatan bos Hot FM, Seelan Paul menaip pesanan ringkas mungkin menyampaikan pesanan tahniah kepada Farah Fauzana apabila namanya diumukan sebagai pemenang Penyampai Radio Wanita Popular.

5) Pendatang baru, Nazatul Farahin tampil dengan nyanyian memukau mendendangkan lagu 'Anggapanmu' yang pernah dipopularkan oleh Ziana Zain ketika 'commercial break' dan tidak ditayangkan secara 'live'.

6) Romantis sungguh aksi Que Haidar apabila setia memimpin tangan isterinya, Linda Jasmine menuruni tangga sebaik saja menyampaikan anugerah.

7) Dato' Siti Nurhaliza dilihat mengesatkan air mata sebaik saja menuruni pentas selepas sebak memberikan ucapan memandangkan hari lahir arwah ayahnya sehari sebelum berlangsungnya anugerah berprestij itu.

8) Jurusolek sempat membetulkan rambut pengacara, Sharifah Shahira di belakang 'back drop' pentas ketika 'commerial break'.

9) Dato' Siti Nurhaliza mengucup Dato' K selepas mengambil anugerah Penyanyi Wanita Popular ketika di tempat duduk.

10) Bintang paling popular, Nabil cukup gembira selepas menerima anugerah hinggakan gendang yang terdapat di sisi pentas pun sempat diketuknya.

11) Suasana dalam Arena Of Stars gegak gempita apabila seorang peminat yang bergaya ala artis mahu ke tandas.

12) Menurut Stacy, mikrofonnya tercampak ke belakang ketika menari di awal persembahan.

13) Selain artis, pereka baju juga melaram dengan baju sendiri. Sehinggakan ada yang lebih cantik daripada artis yang menggayakan baju mereka.

14) Aksi Farah Asyikin dijulang ketika mempersembahkan lagu 'Hello' mengundang suasana riuh apabila 'dress' paras lutut yang dipakai hampir terselak.

15) Kelab peminat Fara Fauzana dan Stacy hadir memberi sokongan kepada artis pujaan mereka.

16) Suasana hambar ketika nama Mawi diumumkan sebagai pemenang kategori Penyanyi Lelaki Popular.

17) Biarpun sedang mengandung, namun Linda Jasmine sempat menunjukkan skilo teriannya ketika di acara 'post party'.

18) Kelihatan kesemua artis wanita memulangkan semula barangan Rafflesia yang digayakan sebelum memasuki ruang 'post party'.

19) Selepas acara berakhir, kesemua artis dibawa menaiki bas ke acara 'post party'.

20) Turut kelihatan dua orang anak Dato' K yang hadir memberikan sokongan. -Teks oleh Sudyr & Ca'el.

*Dapatkan Media Hiburan (isu 1250 25 April hingga 1 Mei 2009) cover dua artis wanita sensasi yang akan berada di pasaran minggu depan.

Comments

Amir Rayyan said…
Salam..ai abg..hehee..nasib dato siti menang lg tuk Penyanyi wanita...mmg puas hati..hehehe...hope faizal tahir menang penyanyi lelaki tp dia x tercalon lak tuk top 5..huhuhuhuh

Popular posts from this blog

Top up Maxis/Hotlink tak masuk selepas tolak dari Maybank..

Buku Ustazah Asma Harun

PENGALAMAN TERINDAH TERBAIK...