Fikirkan tak Boleh!?

*Terima kasih mentor Jutawan Malaysia. Irfan Khairi http://www.irfankhairi.com/

=====================================
TIP-TIP PILIHAN: Fikirkan tak Boleh!?
=====================================

Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai memandang rendah dengan kebolehan diri sendiri-perasaan fikirkan tidak boleh. Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri bahawa "Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal". Setiapkali peluang atau keadaan hadir didepan anda, pemandangan anda menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini. Pakar psikologist, Abraham Maslow mengatakan; memandang rendah dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apayang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya.

Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor (dimana Eddy Murphy menjadi seorang yang gemuk Professor Sherman) dan ketika beliau ingin menurunkan berat badannya, beliau ke gym dan bersenam sambil berkata "Yes I can!... Yes I can!". Anda juga perlu menjadi seperti ini (bukan menjadi gemuk!). Setiapkali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran dalaman anda yang sering mengatakan "tidak boleh" kepada "Saya Boleh! Saya Boleh".

Teknik melawan fikiran tidak boleh ini dinamakan affirmation dan walaupun bunyi kelakar (corny), ia amat efektif. Ulangkan dengan mengucap "Saya boleh" berkali kali... perlu ucapkan! Bukan cakap dalam hati sahaja...Saya pula selalu membayangkan Professor Sherman setiap kali! Mesti saya tersenyum ketika berhadapan dengan keadaan "Fikirkan Tak Boleh".

Comments

Popular posts from this blog

Top up Maxis/Hotlink tak masuk selepas tolak dari Maybank..

Buku Ustazah Asma Harun

PENGALAMAN TERINDAH TERBAIK...