TEATER PATUNG KERTAS MUSIM KE-2 KINI KEMBALI!


"Bintang Emas Pictures (M) Sdn Bhd, mementaskan Patung Kertas Musim ke 2 (PK2) Setelah 11, bulan penubuhan syarikat Bintang Emas Pictures (M) Sdn Bhd (BEP), kali ini kami mengembangkan sayap kearah teater. Memahami keadaan pasaran dimasakini dan kehendak peminat maka BEP mengambil inisiatif kearah memartabatkan seni teater tanahair. Patung Kertas menjadi pilihan BEP kerana ianya sesuatu naskah yang unik dengan penambahan dan olahan skrip kerarah yang lebih positif. “Kami percaya Patung Kertas Musim Ke 2, akan memberikan lebih kepuasan kepada penonton kerana banyak elimen-elimen yang memberikan kesan dan penonton juga akan dapat pengajaran yang positif daripada naskah ini,” kata En Rahhim Omar Penerbit , Bintang Emas Pictures (M) Sdn Bhd.

Tarikh Persembahan : 23hb April sehingga 3hb Mei 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Auditorium Tunku Abdul Rahman, Matic (MTC)
Informasi tiket & tempahan Harga Tiket : RM30 & RM 50

Hotline No. : 03 22875881 http://www.boxoffice.my/

Sinopsis:

Patung Kertas Musim Ke 2, memaparkan kembara seorang pemuda lembut, Adik Chu yang ingin menjadikan dia salah seorang kumpulan paper doll atau patung kertas. Semuanya bermula perhubungan akrab antara dia dengan Abang Long yang menjadi idola Adik Chu. Melalui Abong Long, Adik Chu berkenalan dengan Adik Wan, Donny dan lain-lain anggota paper dolls dengan berkongsi masalah dan pengalaman dalam mencari reality kehidupan. Perkenalan mereka dengan Abang Yus, pemilik gerai makan yang sering mereka kunjungi dan sepupunya Suhana yang mempunyai seorang kanak-kanak penghidap penyakit jantung kronik.

Suhana, gadis sekampung yang pernah menjadi kekasih Abang Long suatu ketika dahulu. Ia juga membongkar kenapa Abang Long tiba-tiba meninggalkan kampong halaman sekian lama hingga menjadi tanda tanya masyarakat kampung. Abong Long, telah mengemukakan hasrat untuk menganjurkan pertunjukkan kebajikan untuk membantu Suhana bagi mengumpulkan dana untuk pembiayaan pembedahan jantung anak Suhana. Kisah Patung Kertas musim ke 2 ini, pasti meruntun perasaan penonton, bila ianya menyingkap kenapa dan mengapa mereka jadi begitu dan akhirnya mereka kembali ke pangkal jalan.

Unit Produksi Patung Kertas Musim ke 2

Penerbit Eksekutif : Eja Ibrahim
Penerbit : Rahhim Omar & YumaR
Pengarah : Lokman Ghani
Skrip : A. Wahid Nasir
Pengarah Set : Nafie
Koreographi : Syed
Pelakon –pelakon: Datuk Jalaludin Hassan, Ashraf Muslim, Ebby Yus, Aishah Atan, Ku Mohd Yusri, Kevin Lau, Rosnan.

Kenyataan daripada Penerbit Eksekutif Patung Kertas Musim Ke 2 (PK2), akan kami tampilkan dengan penambahan – penambahan yang baru didalam dialog yang lebih bersesuaian dengan keadaan masakini. Dan juga beberapa babak yang dipercantikkan lagi dan dikemas kinikan. Pembabitan Datuk Jalaludin Hassan, Ashraf Muslim dan beberapa lagi pelakon adalah sangat kami hargai, namun tidak pernah kami berniat untuk memperendahkan sesiapa kerana mesej yang akan kami sampaikan kepada penonton bukannya bertujuan untuk memalukan sesiapa. Mesej yang positif yang akan kami terapkan didalam PK2. Ini yang telah dipersetujui oleh kami pihak penerbit setelah perbincangan dengan Pengarah Lokman Ghani & Penulis skrip A. Wahid Nasir. Setelah perbincangan tentang penambaha pelbagai aspek, kami berjumpa dengan Datuk Jalaludin, niat kami untuk mementaskan semula Patung Kertas ini kami usulkan dan setelah mendengar misi, visi dan penambahan yang akan kami perbuat barulah Datuk Jalal bersetuju untuk berlakon dalam PK2. Di PK2 juga, Kami menambah 2 lagi karektor seorang berbangsa Cina dan seorang lagi berbangsa India. Memberikan semanggat Muhibah yang ada dalam masyarakat Malaysia. Harapan kami agar kali ini peminat – peminat teater akan dapat menyaksikan PK2 dengan minda yang terbuka, moga mesej positif yang kami akan terap di dalam PK2 dapat dirasai bersama.


Comments

Popular posts from this blog

Top up Maxis/Hotlink tak masuk selepas tolak dari Maybank..

Buku Ustazah Asma Harun

Nak dapatkan Produk Alithera Dengan Save Bajet?