PENGALAMAN TERINDAH TERBAIK...
Assalammualaikum. Minggu ni Ca'el tak banyak tugasan kerana minggu lepas boleh lah dikatakan sibuk biarpun tidak sepanjang masa. Tentu ada yang ingin berkongsi aktiviti Ca'el sepanjang minggu lalu kan? Kepada yang tak berminat tu, abaikan lah dan tak perlu baca pun. Kepada yang berminat nak baca, silakanlah. Begini ceritanya, hari Isnin adalah waktu lapang untuk setiap 'team' MH biarpun sebenarnya kami bertungkus-lumus menyiapkan kolum masing-masing. Memang lega kerana sepanjang hari terisi dengan membuat panggilan dengan selebriti, 'PR' (public relations) dan sebagainya untuk mengatur sesi fotografi di studio. Selain itu, Ca'el sibuk 'check' emel dan memadamkan emel yang tidak diundang dari 'inbox' serta memeriksa kiriman faks untuk sebarang acara hiburan yang perlu dihadiri sepanjang minggu. Hari berikutnya, tugasan untuk 'coverage' bersama penyanyi Ramlah Ram dibatalkan saat akhir.
Keesokannya pula, Ca'al memandu ke Kuala Selangor untuk bersama penyampai radio nombor satu negara, ERA, Nana untuk bersamanya di pusat penternakan ikan keli. Jalan berbengkang-bengkok yang dilalui membuatkan Ca'el terpaksa berhati-hati agar tidak termasuk gaung. Kereta pula terpaksa dipandu perlahan tapi laju agar monyet-monyet di tepi jalan tidak melompat ke kereta. Terlupa pulak Ca'el nak beli pisang sebelum melalui jalan tersebut. Kalau tak, bolehlah Ca'el beri mpnyet-mpnyet tu makan. Pun begitu, nasib baik tak berlanggar dengan lori kerana 'sibuk' dok tengok papan tanda untuk ke destinasi yang dituju. Apapun syukur Ca'el selamat sampai ke destinasi. Memang 'best' melihat aksi Nana yang bertarung dengan peminat sendiri melakukan tugasan yang diberi oleh pengacaranya, Ajieb. Biarpun panas terik namun penggambaran tetap berjalan dengan lancar. Semuanya hanya boleh disaksikan di Aksi Murai di laman web www.aksimurai.com, tengok... jangan tak tengok.
Hari Khamis, Ca'el tak ke mana-mana kerana sibuk menaip semua 'story' yang harus di'save' dalam 'server' sebelum editor kesayanganku, abang Haniff melalak gaya soprano. Jangan marah ek, nanti kena jual. Keesokkannya pula, seawal pagi lagi Ca'el dah hantar 'sms' dan menghubungi 'designer' Zeri untuk bertanyakan tentang set baju yang akan dipakai oleh Erra Fazira dan Ida Nerina yang sedang rancak mempromosikan filem 'Anak'. Lepas tu, Ca'el berlari-lari anak ke unit foto untuk periksa studio dan jurugambar yang bertugas. Fotografi petang tu semuanya berjalan dengan lancar namun dalam keriuhan nak menyudahkan tugasan dua selebriti popular tu, aku dikejutkan dengan panggilan dari 'PA' Sheila Majid mengingatkan kembali tentang tugasan petang itu. Iaitu fotografi untuk ruangan 'lifestyle' bersama Sheila Majid. Katanya Sheila Majid sudah menunggu hampir dua jam menanti ketibaanku bersama jurugambar.
Rupa-rupanya 'ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari'. Gara-gara masalah 'miss communication', tugasan itu terpaksa Ca'el sudahkan sendiri. Bagaimana kekeliruan itu terjadi, tak perlulah Ca'el rungkaikan di sini namun semuanya sudah berlaku. Dengan sepantas yang mungkin, Ca'el memandu kereta ke Bukit Damansara untuk bersama Sheila Majid dan keluarga tanpa sempat menjamah bungkusan nasi di atas meja. Biarpun kelaparan, tugas harus diselesaikan segera. Ketibaanku disambut baik oleh Sheila dan team yang sedang melepas di ruang tamu rumah keluarganya. Bagaikan tidak percaya, Sheila Majid is a nice person. Ca'el senang menghabiskan masa menemubual sambil mengambil angin di depan rumahnya sambil melayan karenah si anak Khadeeja. Serius Ca'el cakap, tak terasa masa berlalu. Seronok berbual dengan Ratu Jazz sorang ni. Tak sabar rasanya nak saksikan kehebatannya di konsert amal bagi membantu Pusat Jantung Negara (IJN) pada 1 dan 2 Februari ini. Katanya, tiket paling mahal telah habis terjual, syabas untuk semua pihak yang terlibat. Apapun terima kasih kepada jurugambar dan team Kak Eja (SKI Prod. & Natures Records) kerana sukses mengaturkan fotografi petang itu biarpun agak terlewat.
Apa pun Ca'el terasa bersyukur kerana diberi kesempatan untuk berhadapan dengan pengalaman terbaik minggu lepas dan ianya menjadi pengajaran buat diri yang serba kekurangan ini. Sekurang-kurangnya Ca'el tahu, kita seharusnya lebih mempercayai diri sendiri daripada orang lain. Kita perlu berdiri di atas kaki sendiri. Tidak semua orang yang disangkakan baik dengan kita itu adalah kawan sedangkan kehadiran diibaratkan seperti gunting dalam lipatan, whops! Jika ada yang terasa hati, maafkan Ca'el dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Di sebelah malamnya pula, Ca'el ke Plaza Alam Sentral untuk tugasan Konsert Mingguan One In A Million. Sempat la, membasahkan tekak yang kering dengan 'banana split' sambil-sambil lepas dengan 'PR' Aishah dan Anne sebelum konsert bermula. Kesian Iz kerana tersingkir. Jangan risau, jika nasib menyebelahi anda dan sikap 'kekwat' (sombong) anda itu hanya lah takfsiran semata-mata, pasti tuah akan menyebelahi. Nak baca tentang rumusan konsert, beleklah MH di dalam. Sebaik saja konsert, barulah Ca'el berpeluang makan nasi biarpun perut sebenarnya sudah penuh dengan angin. Tiba saja di rumah, selepas mandi dan biarpun cuma membayangkan mencium dahi dua anak buah tersayang iaitu Mamat Fadlin dan Yasmin, Ca'el terlena tidur dalam kepenatan. Amacam, ok tak cerita Ca'el. Ingin tahu apa yang menarik seterusnya berlaku dalam hidup Ca'el, ikutilah ruangan ini di minggu hadapan, chaw chin chow...

Comments
faveret song Gerimis Semalam.. (feeling dgr lg tue)