Tensen? Ngak lah...
Seperti biasa, masuk je hari Isnin, Ca'el duduk depan komputer dok menaip artikel wajib kolum sendiri iaitu Ngomel-Ngomel Ca'el & Remaja, Artis Indonesia, Luar Gelanggang dan beberapa lagi. 'Single story' pulak; Konsert One In A Million minggu ke-5, Parti Ulangtahun Hari Lahir Siti Nurhaliza, Nana ERA di perusahaan ikan keli di Kuala Selangor, pernikahan Fazdlun Abas mendapatkan dua komen pembaca dan artis tentang kes penculikan kanak-kanak. Kalau nak diikutkan, jika Ca'el tak bijak susun kerja yang mana perlu didahulukan, pasti 'stress' dibuatnya. Paling penting, setiap minggu team MH berhempas-pulas memastikan 'dateline; tidak terbabas dan sentiasa mencari cerita-cerita sensasi untuk pembaca semua. Bagaimanapun, beruntung tau dapat berkongsi pengalaman dengan Abang Aniep yang sudah berpengalaman dalam industri hiburan, ala-ala sudah sampai tahap 'sifu' gitu. Dalam team MH, Intan dan Yatt merupakan 'senior' Ca'el, diikuti Haiza yang lebih bijak mencari skop gosip, wartawan yang paling ramai peminat disebabkan ruangan 'Pot Luck'nya, siapa lagi kalau tak bukan Diana, Salwana yang 'cool' dan sempoi dan Maisarah yang stailo dan 'kaki fesyen'. Semuanya perempuan, hanya Abang Aniep dan Ca'el je lelaki, hehe. Apapun jangan risau, kami berdua tetap menyerlah, gurau je.
Nak tau tak, minggu lalu editor minta Ca'el menemubual bekas atlet Fazdlun Abas tentang perkahwinannya dengan bekas pengacara Celebrity Squares. Dari pemerhatian Ca'el, editor MH, abang Aniep jarang bagi tugasan kat Ca'el' last minute' jika tugasan tu tak berapa penting. Apapun, nak buat macammana, komitmen sebagai wartawan ni tak kira masa dan tempat. Kerja tetap kerja selagi tak tutup mata. Nasib baik Kak Pah (Pengantin) berkongsi maklumat memaklumkan tentang itu memandangkan MH tidak hadir ketika majlis pernikahan Fazdlun. Proses 'request' gambar dari unit foto pun tak rumit. Cantik gambar-gambar yang diambil oleh abang Zul (salah seorang jurugambar terbaik KKSB). Seronok berborak dengan Fazdlun yang boleh tahan peramah jugak orangnya. Janjinya, untuk keluaran akan datang, dia mahu mengirimkan kepada Ca'el gambar-gambar di majlis resepsi pula. Katanya malam resepsi tu dia lebih glamor dan rambut 'kepok-kepok' (berombak gitu!) hasil tatarias jurusolek Indonesia. Tunggu tau keluaran tersebut.
Sambil menaip 'story' Datuk Seri Siti Nurhaliza dan 'download' gambar-gambar 'birthday party'nya dan prosesnya memakan sedikit masa (rasa nak tidur pun ada), Ca'el sempat melayari Yahoo nak baca tentang horoskop Libra. Maklumlah, Ca'el dilahirkan di bulan Oktober. Setakat ni, Ca'el dah dapat kesan empat yang sama tarikh lahir iaitu 19 Oktober; seseorang yang berpengaruh di Kampung Melayu Bt. 16 (kawasan tempat tinggal sekarang), seorang wartawan di KKSB, namanya Hazwani, adik angkat Ca'el di Johor (model separuh masa) dan seorang pelumba kereta F1 tapi Ca'el tak ingat namanya. Bukannya Ca'el percaya 100 peratus semua ramalan yang ada cuma mengambil panduan apa yang elok dan tidak elok.
Selepas semua 'story' dah disiapkan, di'save' dalam 'server' dan memilih gambar-gambar yang sesuai, kesemua bahan itu di'submit' ke 'graphic artist' untuk menyudahkan 'layout'. Seterusnya Ca'el perlu memeriksa 'lay out' itu untuk diperiksa jika terdapat kesalahan ejaan, bahasa dan memastikan gambar yang betul untuk muka surat itu di bawah pemantauan editor, barulah 'diluluskan' (PDF) sebelum proses akhir penerbitan iaitu mencetak.
Sambil-sambil merancang bahan untuk isu seterusnya, Ca'el diminta editor untuk menghubungi pengacara 'Keluarga Di 9', Datin Norjuma Habib untuk satu sesi fotografi bergandingan dengan seorang artis wanita popular kerana kisah cinta. Syukur alhamdulillah, Norjuma memberikan persetujuan cuma dia tiba lewat sedikit ke studio kerana ada rakaman TV. Soal pakaian tajaan pun tiada masalah termasuk memilih dua jurusolek yang terlibat untuk fotografi tersebut. Salah seorang jurusolek tu, 'first time' bekerjasama dengan Ca'el. Namanya Ahmad dan hensem orangnya. Kalau pembaca perempuan MH tengok mesti terpikat, hehe.
Sepatutnya, ada satu hari tu, Ca'el kena pergi tugasan di Restoran Cerana tapi tidak sebab diundang 'last minute' dan tiada jurugambar untuk mengambil gambar sepanjang majlis. Kalau nak diikutkan, boleh je Ca'el minta pihak penganjur untuk 'supply' gambar yang mereka ambil sendiri. Tapi kerja di pejabat belum selesai, nak buat macammana kan, maafkan Ca'el. Jangan risau, mereka masih lagi boleh 'supply' bahan dan MH akan siarkan. Kami tidak memilih bulu dan saling-bantu membantu mewarnai industri hiburan.
Apa lagi yang Ca'el boleh kongsikan ek. Hah, hujung minggu lalu, Ca'el perlu menggantikan salah seorang wartawan MH, Maisarah untuk liputan Konsert OIAM ke-5 kerana dia perlu 'terbang' ke Sabah untuk liputan ujibakat AF6. Selepas ni giliran Ca'el pula membuat liputan, 'best'nya 'outstation'! Sepatutnya giliran Mai tapi Ca'el tak kisah untuk ambil-alih sebab Mai pun menolong Ca'el sebelum ni. Tu yang 'best'nya dapat kawan macam ni. Kami amalkan konsep 'give and take'. Tak mahulah, kita dah tolong tapi bila kita perlukan pertolongan, macam-macam alasan, cuba mengelak dan 'tarik' muka masam. Tak elok untuk kesihatan tau, 'dinch uols' (tidak you all!). Hurm...dah berceloteh panjang nampaknya minggu ni. Nanti kalau taip banyak-banyak, terkeluar pula cerita 'luarbiasa' yang Ca'el alami minggu lepas. Sebenarnya Ca'el sendiri pun tak sabar menanti apakah yang akan berlaku pada Ca'el minggu depan untuk dikongsikan bersama anda semua. Hah, boleh pulak Ca'el terfikir macam tu. Ni gurauan semata-mata, usah diambil pusing donk. Kepada semua, jaga mulut, jaga tepi kain orang dengan batasan yang telah ditetapkan supaya berkurangan kes budak hilang, kawal selera berbelanja dan apa-apa je lah. Salam muakh...muakh!

Comments